Naik Taraf Jalan Perkuburan Samarakan Kini Siap

JUMAAT, 23 SEPTEMBER 2022

TATAU: Projek bagi menaiktaraf Jalan  Kubur Samarakan kini telah siap sepenuhnya.

Projek sepanjang 784 meter berkenaan merupakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2021.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai telah turun padang ke lokasi projek pada Khamis untuk memastikan dan melihat sendiri projek yang telah siap dilaksanakan oleh pihak kontraktor itu.

Sementara itu, Datuk John Sikie juga berkesempatan melakukan lawatan ke Rumah Martin, Sungai Setajau.

Berucap ringkas, ujarnya, lawatan itu adalah untuk melihat keperluan projek yang akan dilaksanakan di rumah panjang tersebut.

Beliau turut disertai oleh Penolong Jurutera Bahagian Bintulu Rifat Basha Ahmad dan Penghulu Ngubang Ajun.-Edisi UKAS

add comment