Pasukan TVS Juara Keseluruhan Piala Pusingan Karnival Sukan Digital

JUMAAT, 23 SEPTEMBER 2022

KOTA SAMARAHAN: TVS berjaya membawa pulang Trofi Piala Pusingan Karnival Sukan Digital setelah muncul sebagai juara keseluruhan bagi karnival tersebut yang berlangsung di D-Virtual Park pada Khamis.

Pasukan dari stesen televisyen pertama milik Sarawak itu menggumpul lapan mata kemenangan menerusi empat pertandingan yang dianjurkan iaitu Quad Squad, Beat Saber, Speed Cruiser dan FIFA22 dan turut membawa pulang pingat emas beserta hamper.

Dalam masa sama, beberapa agensi lain turut terlibat bagi memeriahkan karnival itu antaranya Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan, Kolej Komuniti Kuching, Sarawak Skills, Teraju Wilayah Sarawak, GiatMara Kuching, Centexs, Unimas, PEDi Tanjung Bundong, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Lee Jin serta Kelab Sukan dan Rekreasi Anak Samarahan.

Karnival Sukan Digital yang diadakan di Taman tema Realiti Maya (VR) yang pertama di Borneo berkenaan membantu mempromosikan gaya hidup sihat dengan menggunakan teknologi realiti maya.

Selain memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pasukan, karnival seumpamanya juga
menggalakkan komunikasi dua hala dan peluang kerjasama di antara agensi, belia mahupun komuniti setempat.-EDISI UKAS

add comment