Premier Sarawak Saksi Penyerahan Zakat Perniagaan RHB Islamic Bank Berhad

JUMAAT, 23 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyaksikan majlis tingkas penyerahan Zakat Perniagaan RHB Islamic Bank Berhad bagi tahun 2021 kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Penyerahan tersebut merupakan daripada kutipan wakaf untuk Projek Dana Wakaf Al Bait berjumlah RM500,000 dan Zakat Perniagaan Tahun 2021 RHB Islamic Bank berjumlah RM400,000 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

Menurut Dato’ Adissadikin Ali ketika ditemui media, kutipan wakaf bagi Projek Dana Wakaf Al Bait dengan kerjasama pihak Tabung Baitulmal Sarawak yang telah diwujudkan sejak dua tahun itu adalah bagi tujuan menambahbaikkan bagi Rumah Wakaf Habibah, Kuching dan Akademi Tahfiz Hidayatul Quran Annur,Sibu.

“Ini bukan pertama dan terakhir dan kami juga berbincang untuk berkolobrasi bagi meneroka tabung-tabung wakaf untuk kegunaan masyarakat umum,” jelasnya.

Turut hadir barisan pegawai RHB Islamic Bank Berhad iaitu Ketua Penasihat Syariah, Ahamad Mukarrami Abdul Mumin, Ketua Pegawai Kewangan, Khairul Hakeem Mohd Sahari, Pengarah Wilayah Sarawak, Mohammad Tony Ong Abdullah dan Pengurus Kanan Komunikasi dan Acara Korporat, Marina Saat. -EDISI UKAS

add comment