Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat KOBAGUS

JUMAAT, 23 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Guru Bumiputera Sarawak Berhad (KOBAGUS) yang diketuai oleh Pengerusi KOBAGUS, Mohamad Mortadza Manirang di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Ketika ditemui media beliau menyatakan tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memaklumkan kepada Premier Sarawak berkenaan dengan perkembangan Projek Perumahan Guru yang akan dilaksanakan oleh KOBAGUS.

“Alhamdulillah setakat ini kami cuma menunggu premium daripada pihak Jabatan Tanah dan Survei untuk memulakan rancangan perumahan guru untuk ahli-ahli kami,” jelasnya.

Tambah Mohammad lagi, setakat ini lebih 100 permohonan diterima daripada ahli-ahli untuk projek tersebut.

“Sekiranya projek perumahan ini berjaya dilaksanakan pihak kami akan mmeluaskan dana pembangunan dan aktiviti yang lain seperti kilang  pemprosesan udang air masin di Bako,” ujarnya. -EDISI UKAS

add comment