Projek Naik Taraf Surau Darul Ehsan Kampung Semera Lot Siap

JUMAAT, 23 SEPTEMBER 2022

SADONG JAYA: Projek menaik taraf Surau Darul Ehsan di Kampung Semera Lot siap sepenuhnya dan kini dapat digunakan untuk penduduk beribadah serta melakukan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa.

Projek siap tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Surau Kampung Semera Lot secara simbolik pada Khamis dengan disaksikan oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kampung berkenaan.

Secara keseluruhan, pelaksanaan projek telah mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo bersama JKP dan KMKK sebelum ini.-EDISI UKAS

add comment