SABTU, 24 SEPTEMBER 2022
KAKUS: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus telah mengagihkan peruntukan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM496,000 kepada 27 penerima.
Antara yang menerima cek MRP tersebut adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan persatuan.
Majlis penyerahan cek tersebut telah disempurnakan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai di Pusat Khidmat DUN Kakus pada Jumaat.
Dalam ucapannya beliau berkata, peruntukan ini bertujuan membantu JKKK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan aktiviti dan beberapa projek pembangunan di rumah panjang mereka.
Justeru, Datuk John Sikie berharap agar setiap Pengerusi JKKK, Tuai Rumah dan NGO menggunakan serta mengurus peruntukkan ini dengan jujur dan amanah.
Turut hadir, Pegawai Daerah Tatau Jabonh Juntan dan Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis.-EDISI UKAS