Para Belia Aset Pelapis Sarawak

ISNIN, 26 SEPTEMBER 2022

LAWAS: Kerajaan Sarawak memfokuskan pembangunan fizikal dan sumber manusia dalam usaha menjadi negeri maju menjelang tahun 2030. 

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, para belia merupakan aset terbesar dan pelapis bagi memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan selama ini. 

“Jika generasi tua dan generasi muda berganding bahu maka negeri ini akan mempunyai satu pasukan yang kukuh. 

“Perjuangan kita adalah untuk kemajuan, keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain bertujuan untuk memastikan negeri Sarawak akan terus ditingkatkan dari segi kemajuan fizikal dan mental. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian  Karnival Belia Lawas Excellent Sempena Hari Malaysia di Perkarangan Stadium Tertutup Lawas pada Ahad. 

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II berkata, kedua-dua generasi harus berjuang bersama dan berusaha dalam mempertingkatkan infrastruktur kawasan Lawas. 

“Dengan kemudahan-kemudahan yang ada ia akan menjadi satu pusat bukan saja untuk pelabur tetapi juga masyarakat kita meningkatkan lagi ekonomi mereka termasuk perusahaan kecil dan sederhana. 

“Selain itu, kita juga akan membangunkan kemudahan-kemudahan agama, sukan,  menguasai ilmu digital platfom dan semua ini adalah untuk membina asas-asas yang kukuh demi untuk masa depan belia kita.,” katanya lagi. 

Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti karnival dan diakhiri dengan bacaan ikrar ikon remaja oleh Mohd Nazrul Hisyam Datik Amar Awamg Tengah dan Steve Lius serta persembahan hadrah dari kampung Awat-Awat dan Kampung Punang.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong serta tetamu jemputan lain. -EDISI UKAS

add comment