Pelbagai Prasarana Sukan Ditingkatkan, Manfaat Untuk Golongan Belia

ISNIN, 26 SEPTEMBER 2022

LAWAS: Pelbagai prasarana sukan akan ditingkatkan sekaligus dapat memberi manfaat kepada golongan belia di Sarawak.

Peruntukan yang disalurkan Kerajaan Sarawak sudah pastinya akan dinikmati semua rakyat, demikian menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa hadir pada Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun bertempat di Padang Bola Sepak Kampung Dato, Kuala Lawas di sini pada Ahad.

Antara peruntukan yang sudah dirancang adalah pembinaan Masjid Pengiran Kampung Dato Kuala Lawas dengan kos RM120,000, pembinaan Gelanggang Futsal berjumlah RM100,000, pembinaan Fasa Kedua Balai Raya Kampung Haji Bayan bernilai RM200,000 dan Bina Baharu Balai Raya Kampung Dato Ulu berjumlah RM200,000.

Turut diperuntukkan, Astaka Padang Bola Sepak Kampung Dato berjumlah RM100,000, pembinaan Gelanggang Bola Jaring Kampung Haji Bayan bernilai RM80,000 dan Naik Taraf Padang Bola Sepak Kampung Pemukat sebanyak RM300,000.

Beliau menambah, walaupun Sarawak mengutamakan kemajuan dan pembangunan, namun kesihatan juga penting untuk tubuh badan dan fikiran yang sihat agar dapat melahirkan individu yang mampu bergerak maju.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang dengan juara disandang Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang, naib juara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pusat Lawas dan tempat ketiga dimennabi bersama Luagan dan KDKL Kids Kampung Dato Kuala Lawas.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato’ Henry Sum Agong, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidah Abdul Latif, Residen Bahagian Limbang Sebi Abang dan Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Haji Jawa. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia