JAIS Anjur Fun Ride Di Lundu Sempena Jubli Mutiara JAIS 2022

SELASA, 27 SEPTEMBER 2022

LUNDU: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menganjurkan Fun Ride di sini pada 24 hingga 25 September lepas. 

Ia bersempena sambutan 30 tahun penubuhan JAIS dan merupakan salah satu acara Jubli Mutiara JAIS Tahun 2022. 

Kayuhan Fun Ride ini bermula dari Masjid Dinul Huda, Kampung Bajo, Lundu hingga ke Surau Nurul Islam, Kampung Pugu, Lundu sejauh 12.5 kilometer. 

Program ini diadakan bertujuan untuk makluman kepada penduduk setempat berkaitan penubuhan 30 tahun JAIS, mengukuhkan ukhuwwah dan mahabbah antara agensi Islam dan masyarakat (Saudara Kita) serta menyantuni masyarakat melalui perkhidmatan yang ditawarkan jabatan. 

Selain itu juga, program ini diadakan untuk memberitahu bahawa Islam menitikberatkan soal kesihatan dan kecergasan. 

Sebanyak 20 orang penduduk sekitar Kampung Bajo dan Kampung Belungei turut bersama-sama menyertai kayuhan ini. 

Turut diadakan mengagihkan sumbangan kepada Masjid Dinul Huda, Kampung Bajo, Surau Darul Makmur, Kampung Pandan, Masjid Noorulhuda, Kampung Belungei dan Surau Nurul Islam, Kampung Pugu.-EDISI UKAS

add comment