Smart Nation Expo 2022 Platform Pamer Kejayaan & Pencapaian Ekonomi Digital Sarawak

RABU, 28 SEPTEMBER 2022

KUALA LUMPUR: Smart Nation Expo 2022 merupakan acara teknologi terbesar Malaysia yang berhubung kait dengan 5G, bandar pintar, revolusi industri 4.0, teknologi dan aplikasi baharu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, expo tersebut adalah penyertaan julung kali Sarawak yang diwakili oleh pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan kolaborasi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) yang memfokuskan terhadap Ekonomi Digital Sarawak.

“Acara ini juga akan memberikan peluang kepada delegasi Sarawak untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan pihak kerajaan dan pemain industri sekaligus mengukuhkan hubungan dan rangkaian terutamanya untuk mengenalpasti peluang dan potensi perniagaan baharu bagi menyokong agenda Ekonomi Digital Sarawak.

“Selain itu, kita turut berhasrat untuk mempromosikan, menggalakkan serta memupuk hubungan dan perdagangan antara pelbagai pihak di acara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan SMA Pavilion sempena Smart Nation Expo 2022 bagi mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, pada Rabu.

Datuk Julaihi menambah, Sarawak sedang giat melaksanakan Sarawak Linking Urban Rural and Nation (SALURAN) yang mengutamakan objektif melanjutkan capaian rangkaian 4G melalui naik taraf infrastruktur sedia ada dan meluaskan liputan telekomunikasi ke seluruh Sarawak termasuk luar bandar.

Di samping itu jelasnya, kerajaan Sarawak telah berjaya memasang 250 Very Small Aperture Terminal (VSAT) sebagai penyelesaian sementara penyediaan sambungan internet kepada masyarakat luar bandar.

“Manakala Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) adalah projek yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan luar bandar dan bandar.

“Secara ringkasnya, ini adalah komitmen dan usaha kerajaan Sarawak dalam memastikan tiada yang ketinggalan dalam peralihan transformasi digital serta kesungguhan kerajaan Sarawak demi masa depan digital Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia