Ahli Kelab Lions Digesa Terus Bersemangat Membantu Masyarakat

KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2022

MIRI: Ahli-ahli Kelab Lions digesa berkhidmat dengan penuh bersemangat terhadap masyarakat. 

Gabenor Daerah Kelab Lions Antarabangsa Kapitan Connie Loh berkata, semangat ini sama seperti seekor ‘singa’ yang penuh dengan keghairahan dan tenaga. 

“Keghairahan adalah tenaga untuk kita terus maju dengan dipenuhi makna, kebahagiaan dan keseronokan. 

“Keghairahan juga adalah kuasa yang kuat dalam mencapai apa sahaja seperti yang difikirkan sebagai Singa,” katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Peralatan Membuat Kuih Kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batu Niah di sini pada Selasa. 

Sumbangan ini bersempena dengan Sambutan Persatuan Ulang Tahun Ke-20 pada tahun ini. 

Sementara itu, Presiden Kelab Lion Batu Niah Andy Jong Wan Joon berkata, pemberian peralatan membuat kuih ini adalah permintaan daripada PDK Batu Niah. 

“PDK Batu Niah amat memerlukan peralatan membuat kuih sebagai bahan pelajaran anak sekolah. 

“Justeru, kami berusaha untuk mendapatkan sumbangan membeli alat tersebut.

“Anak-anak sekolah PDK akan menghasilkan biskut atau kek mereka sendiri untuk menjual di pasaran, supaya mereka mempunyai pendapatan sebagai perbelanjaan PDK Batu Niah setiap bulan,” katanya. 

PDK Batu Niah mempunyai 17 orang staf yang terdiri daripada 12 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) dan 5 orang penyelia dan petugas serta 19 orang pelatih. -EDISI UKAS

add comment