Datuk Abdullah Saidol Terima Kunjungan Hormat Daripada Ketua Pengarah J-KOM

JUMAAT, 30 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dato’ Dr. Zuraidi Ishak di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Jumaat.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan perkara berkaitan penubuhan J-KOM dan peranan di antara J-KOM dengan UKAS dalam menyalurkan maklumat yang sahih daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak.

Selepas itu, Datuk Abdullah Saidol mengiringi rombongan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Bangunan DUN Sarawak.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Samuel Simon dan Pegawai Tadbir Khas UKAS, Datu Takun Sunggah, Ketua Seksyen Pemantauan Dan Koordinasi, Anwar Hanafi Ardimansyah. -EDISI UKAS

add comment