Kolaborasi Perkhidmatan Awam Kukuh, Kerjasama Utuh

JUMAAT, 30 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Semangat kerjasama yang kukuh memainkan peranan penting dalam perkhidmatan awam, menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Katanya, kerja berpasukan adalah penting dalam menyatupadukan seluruh kakitangan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.

“Dari pengalaman saya, yang penting adalah kerja kita sepasukan dalam perkhidmatan awam yang saya anggap sebagai jentera melaksanakan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan.

“Sebab itu dari sudut pengalaman ini, saya rasa kita bertuah mempunyai kekuatan kolaborasi dan kerjasama antara penjawat awam dan pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sekalung Budi Sarawak Civil Service (SCS) di Dewan Santapan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada Jumaat.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan kepada kakitangan awam yang bersara dan turut diraikan dalam majlis berkenaan.

“Malam sekalung budi ini adalah satu peristiwa di mana kita ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kita yang telah bersara daripada perkhidmatan awam, tapi saya percaya walaupun mereka telah bersara tapi hubungan kita masih kukuh.

“Seperti yang kita selalu katakan bahawa kita adalah keluarga perkhidmatan awam walaupun kita tidak lagi dalam sektor awam tetapi sumbangan yang kita beri itu akan dapat diberikan dalam bentuk yang lain,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof Dr. Sim Hui Kian, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, Mantan Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato’ Amir Omar, Mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Ik Pahon Joyik, timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak serta ketua-ketua jabatan. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia