Karnival Sukan SABERKAS Cawangan Kedup 2022 Dapat Sambutan

AHAD, 2 OKTOBER

SERIAN: Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) 2022 anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kedup berjaya mendapat sambutan menggalakkan.

Karnival yang julung kalinya diadakan tersebut disertai oleh ahli-ahli dari 12 unit SABERKAS yang berdaftar dari kawasan DUN N.22 Kedup.

Hadir menyaksikan dan menyempurnakan karvival sukan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Triang Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Kedup dan juga selaku Naib Presiden SABERKAS Negeri Sarawak, Martin Ben dan Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak, Iszuan Harini.

Karvinal sukan sehari pada Sabtu yang bermula pada jam 6.30 pagi hingga 5 petang tersebut mempertandingkan sepak takraw (8 pasukan), bola jaring (3 pasukan) dan bola sepak 7 Sebelah (9 pasukan).

Pemenang-pemenang bagi ketiga-tiga acara sukan tersebut ialah Sepak Takraw – Johan Unit Tong Nibong, Naib Johan – Unit Merbau, Bola Jaring – Johan Unit Sibauh, Naib Johan – Unit Mongkos manakala Bola Sepak – Johan Unit Antayan dan Naib Johan Unit Merbau.

Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya, Martin Ben memberitahu, karnival sukan yang diadakan adalah landasan yang baik bagi para belia yang berumur 16 hingga 40 melibatkan diri dengan pelbagi program dan akitiviti yang dianjurkan.

Katanya, terdapat 30 peratus ahli yang berumur lebih 40 tahun juga dapat terlibat sama dan diharap dapat terus memimpin ahli-ahli yang lebih muda.

Pengerusi SABERKAS Cawangan Kedup, Janie Limin berkata, karnival sukan pada kali ini berjalan lancar dan juga telah berjaya mendaftar seramai 48 ahli baharu disamping menerima permohonan bagi pendaftaran unit-unit yang baharu. -EDISI UKAS

add comment