UNIFOR Serah RM1 Juta Kepada Gereja Katolik Holy Spirit Permyjaya

AHAD, 2 OKTOBER 2022

MIRI: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah menyerahkan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada Gereja Katolik Holy Spirit Permyjaya Miri.

Majlis penyerahan cek peruntukan itu telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin pada Sabtu.

Menurut beliau, Sarawak akan terus menolak dan mengetepikan perbuatan ekstremisme dan ketaksuban dalam semua bentuk bagi memantapkan lagi masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan bertoleransi di negeri ini.

Sementara itu, Dato Sri Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkesempatan menyempurnakan gotong royong perdana Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan Jaya pada hari sama. 

Pada program tersebut, beliau telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 untuk sekolah itu.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Bandaraya Miri, Kaunselor Jeffrey Phang Siaw Foong, Guru Besar SK Tudan Jaya, Suriyati Amit dan Uskup Miri, Right Reverend Bishop Richard Ng. – EDISI UKAS

add comment