ISNIN, 3 OKTOBER 2022
KUCHING: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan DUN Pantai Damai telah menghulurkan sumbangan perubatan kepada tiga penerima dari Zon Santubong pada Sabtu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan Timbalan PBB Cawangan Pantai Damai Madehi Mas kepada setiap penerima tersebut.
Mereka yang menerima sumbangan tersebut merupakan pesakit kronik yang memerlukan rawatan perubatan secara berterusan dari Kampung Rampangi Fasa 1, Kampung Santubong dan Kampung Buntal.
Hadir sama Naib Tmbalan PBB Cawangan Pantai Damai Ramli Apot dan Timbalan Ketua Wanita Cawangan Pantai Damai Rosmah Zaini. -EDISI UKAS