ADUN Tebedu Serah Projek Bina Baharu Jalan Pertanian Di Kampung Kakeng

SELASA, 4 OKTOBER 2022

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada telah menyaksikan penyerahan tapak Projek Bina Baharu Jalan Pertanian di Kampung Kakeng, pada Isnin.

Projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang bagi tahun 2022 tersebut melibatkan pembinaan jalan sepanjang 900 meter yang bernilai RM250,000.

Menurut Jabatan Saliran dan Pengairan (DID) Bahagian Serian, pembinaan yang mengambil tempoh selama empat bulan itu juga merangkumi pembinaan dua buah pembetung.

Dalam pada itu, Dr Simon turut menasihati ketua kaum dan jawatankuasa kemajuan kampung (JKKK) bekerjasama dengan pihak DID memantau pelaksanaan projek berkenaan. -EDISI UKAS

add comment