Datuk Abdullah Lakukan Lawatan Kerja Ke Pulau Bruit, Agih Geran MRP

SELASA, 4 OKTOBER 2022

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol pada Selasa telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Penipah, Pulau Bruit bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta kakitangan Pusat Khidmat ADUN N.42 Semop.

Lawatan itu bertujuan menyampaikan sumbangan projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM13,000 kepada empat penerima iaitu Jawatankuasa Masjid Darul Ibadah Kampung Penipah (RM5,000), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Penipah (RM3,000), PIBG SK Kampung Bruit (RM3,000) dan Tabika Mutiara Kampung Bruit (RM2,000).

Dalam lawatan itu, Datuk Abdullah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS turut mengadakan perbincangan bersama Ketua Kaum Kampung Penipah mengenai pelaksanaan projek baikpulih dua jambatan dalam Kampung Penipah yang uzur.

Beliau mencadangkan supaya jambatan tersebut dilaksanakan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menggunakan kontraktor tempatan dengan bantuan teknikal daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, kerja penambahbaikan jalan perhubungan dalam kampung memerlukan perhatian khusus dengan kadar segera memandangkan keseluruhan kampung di Pulau Bruit kini telah dapat dihubungi dengan jalan darat.

Selain itu, Datuk Abdullah juga mengarahkan Penghulu untuk membuat persempadanan dan jumlah penduduk Kampung Penipah bagi tujuan permohonan penambahan jawatan Ketua Kaum.

Beliau kemudiannya menerangkan perkara berkaitan pelaksanaan program yang akan diadakan dalam masa terdekat seperti sumbangan kepada Pegawai Masjid, kursus jurunikah, Sukan SABERKAS dan program daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Di penghujung perbincangan, beliau menasihati pemimpin dan komuniti kampung supaya berhubung terus kepada kakitangan Pusat Khidmat jika terdapat sebarang isu kabajikan atau permohonan berkaitan pembangunan dalam kampung. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia