Penduduk Debak Nikmati Harga Barangan Murah Menerusi Program JMKM

SELASA, 4 OKTOBER 2022.

BETONG: Penduduk sekitar Daerah Debak berpeluang mendapatkan harga diskaun menerusi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) bagi barangan keperluan terpilih.

Program itu telah berlansung selama dua hari dari 1 sehingga 2 Oktober 2022 di Pasar Debak dan mendapat sambutan yang positif terutamanya penduduk tempatan di daerah tersebut.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dalam satu kenyataan memaklumkan, JMKM dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta di mana setiap kawasan DUN menerima agihan sama rata RM25,000 sebulan bagi setiap pelaksanaan program tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam ketika dihubungi berkata, program JMKM merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan perlu diteruskan bagi membantu penduduk luar bandar mendapatkan bahan mentah pada harga murah.

Beliau berharap agar program berkenaan dapat diteruskan sepanjang tahun dan meluaskan skop bahan jualan selain bahan asas.  

Malah beliau turut berharap agar program itu diadakan dua kali dalam tempoh sebulan.-EDISI UKAS

add comment