UNIFOR Anjur Upacara Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Kelahiran TYT Sarawak

SELASA, 4 OKTOBER 2022

MIRI: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan menganjurkan upacara doa kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran ke-86 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 7 Oktober ini.

Enam institusi keagamaan daripada agama lain iaitu Bahai, Hindu, Kristian, Tao, Buddha dan Sikh akan mengadakan doa kesyukuran gabungan tersebut.

Menurut Pengarah UNIFOR, Richard Lon, majlis ini adalah untuk mendoakan kesejahteraan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan merupakan sebahagian daripada acara sampingan bagi meraikan sambutan hari jadi beliau.

Difahamkan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Upacara doa itu turut memasukkan elemen perpaduan dan keharmonian, keterangkuman kaum, kestabilan politik dan pemulihan pasca pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

add comment