Datuk Amar Awang Tengah Tinjau Beberapa Projek Pembangunan Di Daerah Lawas

RABU, 5 OKTOBER 2022

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan lawatan ke daerah Lawas pada Selasa bagi meninjau beberapa projek pembangunan yang kini sedang dilaksanakan. 

Dalam lawatan pertama, beliau melawat tapak Jambatan Sungai Lawas dan seterusnya jalan raya simen di Kampung Seberang Kedai.

Turut juga dilawat Anjung Usahawan Kampung Ladang Baru dan pada masa sama berjumpa dengan masyarakat di Kampung Ladang Baru serta melawat tapak gelanggang futsal dan berjumpa dengan masyarakat di Kampung Surabaya.

Datuk Amar Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari turut meninjau jeti dan Masjid Sahabat Baru di Kampung Bangkatan di Merapok. 

Lawatan ini juga untuk adalah untuk memastikan semua perancangan dan proses pembinaan berjalan lancar. 

Hadir sama Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidillah Abdul Latip, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Premier Sarawak Kaunselor Awangku Zainal Abidin Dato’ Pengiran Jawa dan Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak Datuk Awang Bujang Awang Antek.-EDISI UKAS

add comment