RABU, 5 OKTOBER 2022.
SARIKEI: Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah membuktikan alumni mereka menjadi harapan pemimpin di Sarawak yang berwibawa dan boleh menerajui kepimpinan negeri ini di masa hadapan.
Sepanjang keberadaan IKMAS dari tahun 2000 sehingga sekarang, institut itu telah melahirkan seramai 1200 graduan yang telah menyumbang kembali kepada masyarakat di Sarawak khususnya dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam.
Justeru, IKMAS sentiasa mempersiapkan bakal graduannya untuk menjadi seorang yang berkebolehan dalam semua aspek dan bidang seperti kepimpinan agar dapat menyumbang semula kepada masyarakat.
Sementara itu, Sarikei sekali lagi dipilih selaku lokasi Program Menyemai Bakti IKMAS Kali-21 yang melibatkan seramai 56 peserta terdiri daripada para pelajar institut itu bermula dari 4 hingga 31 Oktober 2022 bertempat di Sarikei Innovation Centre (SIC).
Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan Abang Budiman dan Pengarah IKMAS Ustaz Kamaldin Mohd Damin.-EDISI UKAS