37 Pelajar Dari DUN Machan Terima Insentif

KHAMIS, 6 OKTOBER 2022

KANOWIT: Seramai 37 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan Tingkatan 6 menerima insentif.

Insentif tersebut yang diberikan secara ‘one-off’ disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong pada Khamis.

Ia adalah sumbangan ikhlas daripada Allan sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran, secara langsung manfaatnya bukan sahaja untuk membawa kemajuan kepada keluarga, malah masyarakat dan negara.

Pemberian insentif tersebut adalah untuk membantu meringankan sedikit bebanan pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi awam dan swasta.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan Tingkatan 6 memanfaatkan peluang tersebut untuk cemerlang, berdaya saing, bertanggungjawab, yakin, sentiasa bersedia dan beretika.

Majlis penyerahan insentif tersebut yang dianjurkan oleh Bilik Mesyuarat N.50 Machan turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar penerima. – EDISI UKAS

add comment