Datuk Bandar MBKS Rangka Pelan Hidupkan Semula Kawasan Padungan

Khamis, 6 Oktober 2022

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sedang merangka beberapa perancangan untuk menghidupkan semula kawasan Padungan yang sekian lamanya menyepi.

Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, pihaknya akan sedaya upaya mengembalikan semula aura kawasan Padungan yang kurang daya tarikan selepas terjejas selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Bercakap kepada media selepas merasmikan program ‘What About Kuching’ 2022 ‘Yarn, Wild & Free Official Cast Off’ dan meninjau kawasan Padungan pada Khamis, beliau berkata Padungan merupakan lokasi pertama yang difokuskan oleh MBKS.

Menurut beliau, pada bulan ini mereka mempunyai tiga perancangan untuk membangunkan semula kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, beliau turut menjemput orang ramai untuk berkunjung menyaksikan perarakan 300 orang berpakaian Cheongsam di MBKS.

Turut hadir Head Collective Eleanor Nandong dan tetamu yang lain. – Edisi Ukas

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia