Duta Besar Amerika Syarikat Ke Malaysia Lawat Muzium Budaya Borneo

KHAMIS,  6 OKTOBER 2022

KUCHING: Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian Mcfeeters telah meluangkan masa mengunjungi Muzium Budaya Borneo di sini pada Khamis.

Ketibaan Brian kira-kira pada jam 11 pagi telah disambut oleh Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Tazudin Mohtar bersama kakitangan muzium.

Beliau kemudiannya telah menandatangani buku pelawat dan bertukar cenderahati.

Sejurus selepas itu, Ketua Bahagian Khidmat Permuziuman Yasmin Khalid Nicholls telah membawa Brian melawat ke galeri di muzium berkenaan.

Untuk rekod, Brian melakukan lawatan selama tiga hari ke Sarawak yang mana beliau telah tiba pada Rabu dan dijangka berangkat pulang pada Jumaat.-EDISI UKAS

add comment