Sarawak Negeri Pertama Di Asia Anjur ‘Participatory Design Conference’ 2024

KHAMIS, 6 OKTOBER 2022

KUCHING: Sarawak bakal menjadi negeri pertama di Asia mengadakan ‘Participatory Design Conference’ (PDC) 2024 yang akan dianjurkan oleh Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, persidangan antarabangsa terkemuka itu diadakan julung kalinya di Sarawak sekaligus memperkenalkan Sibu dan UTS di mata dunia.

“Persidangan antarabangsa terkemuka ini hanya diadakan di Eropah dan kali ini pertama kali diadakan jauh ke sebelah timur.

“Itulah sebabnya kami sangat berbangga kerana bukan di Semenanjung Malaysia, bukan di sabah tetapi di Sarawak iaitu di Sibu.

“Sebelum ini kebanyakan persidangan utama sering diadakan di ibu negeri dan kali ini saya amat berbesar hati melihat Sibu dan terutamanya UTS telah menerajui dalam meletakkan Sibu di atas peta dunia,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media ‘Participatory Design Conference’ 2024 di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching pada Khamis.

Dato Sri Abdul Karim menambah, persiddangan berkenaan juga adalah untuk membincangkan penyelesaian bagi reka bentuk produk, perkhidmatan dan sistem sosio-teknikal.

“PDC ialah persidangan antarabangsa terulung untuk membincangkan penyelesaian bagi reka bentuk produk, perkhidmatan dan sistem sosio-teknikal.

“Secara ringkas, ia adalah bagi melihat struktur, peranan dan hak dalam sistem yang melibatkan fungsi bersama masyarakat dan teknologi seperti e-mel, blog dan media sosial,” ujarnya.

Menurutnya lagi, PDC 2024 bertujuan untuk mengembangkan jalinan baharu dengan komuniti penyelidik, pihak berkepentingan dan pengamal di dalam Malaysia dan luar negara.

“Bagi usaha untuk membentuk semula penyertaan pada persidangan tersebut, model komunikasi dan pembentangan baharu akan diterokai untuk mewujudkan hubungan dengan komuniti akademik, aktivis, pengamal dan pihak yang berminat serta masyarakat,” tambah beliau.

Sehubungan itu jelasnya, persidangan ini juga penting kepada Sarawak untuk mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“PDC adalah persidangan mengenai kaedah yang melibatkan pihak berkepentingan iaitu rakyat Sarawak ke dalam proses sesuatu reka bentuk.

“Justeru itu, hasil daripada kerjasama ini, keperluan rakyat akan dapat dipenuhi dan hasrat kerajaan Sarawak ke arah kemakmuran, kemampanan dan berpendapatan tinggi dapat dicapai,” katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Hii Chang Kee, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting, Naib Canselor UTS, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Amelia Roziman, Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran dan Media Kreatif UTS, Profesor Madya Dr Alan Ting Huong Yong dan Pensyarah Kanan Pengkomputeran dan Media Kreatif UTS, Gary Loh Chee Wyai. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia