Ujian Saringan Kanser Serviks Akan Diperbanyak Pada Tahun 2023

JUMAAT, 7 OKTOBER 2022

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperbanyakkan ujian saringan kanser serviks kepada kaum wanita pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dengan peruntukan RM11 juta, ia akan dilaksana melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan.

“Berdasarkan laporan pendaftaran kanser kebangsaan 2012-2016, kanser payudara merupakan bentuk kanser utama dalam kalangan Wanita yang menyumbang kepada 1/3 daripada kes,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023)
di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Menurut Tengku Zafrul lagi, pelaksanaan saringan kanser serviks juga akan diperintis menggunakan kaedah baharu ujian saringan tindak balas rantaian polimerase (PCR) yang telah dipelopori oleh Yayasan ROSE dengan kerjasama Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Sarawak. -EDISI UKAS

add comment