Masyarakat Diseru Bantu Agensi Keselamatan Banteras Jenayah Pemerdagangan Manusia.

Jumaat, 7 Oktober 2022

KAPIT: Masyarakat memainkan peranan penting dalam membantu agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membanteras aktiviti jenayah pemerdagangan manusia semakin berleluasa.

Peningkatan kes pemerdagangan manusia yang semakin meningkat menyebabkan Kerajaan mengambil langkah untuk membentuk undang-undang iaitu Akta Antipemerdagangan orang di bawah Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan Daerah Kapit, Saufi Omar berkata, tanggungjawab untuk mencegah jenayah pemerdagangan manusia tidak harus dipikul oleh agensi tertentu sahaja.

“Memang tidak dinafikan tugas menjaga keselamatan adalah tanggungjawab pihak polis, ATM, Jabatan Imigresen dan badan beruniform lain”. Katanya.

“Namun, kita sebagai penjawat awam dan masyarakat harus tidak boleh bersikap mementingkan diri daripada membantu pihak berkuasa membanteras jenayah seperti ekploitasi migran dan organ manusia,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian, semasa program Info on Wheels (IOW) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di pekarangan Wisma Persekutuan Kapit pada khamis.

Pada program yang sama, Pejabat Penerangan Daerah Kapit turut memberi penekanan agar semua masyarakat terus menjaga keselamatan diri terutamanya di musim hujan serta sentiasa berjaga-jaga bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir.

Kempen MAPO tersebut dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka dan senamrobik yang disertai oleh kira-kira 65 penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi persekutuan di Kawasan Rukun Tertangga KGP Bleteh.

Dalam majlis sama, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjadi johan dalam acara mencari gula-gula dalam tepung, manakala bagi acara membaling belon air, pasukan gabungan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjuarai acara itu.

Sementara itu, Pejabat Pergigian Bahagian Kapit pula menduduki tempat pertama bagi acara tepung berantai, manakala pasukan Ambang Wira memenangi acara mengisi air dalam botol.- Edisi Ukas

add comment