Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Dahului Senarai 846 Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

SABTU, 8 OKTOBER 2022

KUCHING: Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 846 penerima darjah kebesaran negeri Sarawak sempena ulangtahun ke-86 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Sabtu.

Dato’ Sri Ismail Sabri dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato’ Abang Iskandar Abang Hashim dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki pula dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Sementara itu, lima individu dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran Dato Sri.

Mereka ialah Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof, Penglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd Datuk Abdul Wahab Dolah dan Mantan Pengerusi Sarawak Timber Association (STA) Datuk Wong Kie Yik.

Manakala tujuh lagi individu menerima Darjah Gemilang Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Dato Gerawat Gala, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Dalam pada itu, 10 individu kini bergelar Datu selepas dianugerahkan Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S).

Mereka ialah Timbalan Peguam Besar Negeri Sarawak Saferi Ali, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Hii Chang Kee, Pengarah Unit Pentadbiran Jabatan Premier Sarawak Nicholas Sia, Pengarah Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak Dr Lulie Melling Joshua Melling, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak Azlan Ali Badri, Peguam Kanan Sarawak John Wayne Chamberlin Sirau, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Monaliza Zaidel dan Setiausaha Eksekutif Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak Mohamad Junaidi Mohidin.

Penganugerahan kali ini turut menyaksikan 19 individu menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato.

Penerimanya ialah Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching YA Dr Alwi Abdul Wahab, mantan Datuk Bandar Kuching Utara Madehi Kolek, ahli korporat Su’ut Suhaili, Khaider Ahmad Zaidel, Andy Chia Chu Fatt, Daniel Jubang Kanyan, Nunong Dandan, Ivan Tan Book Kiat, Dr Jeniri Amir, Sim Kheng Boon, Sapuan Ahmad, Heng Hock Cheng, Dr Anderson Tiong Ing Heng, Georgina Apphia Ngau, Amir Abdillah Shabaruddin, Dr Alhazmi Saeed Nowifea S dan Kolonel Bersara Fabian Wong Boon Soon,

Turut dianugerahkan darjah P.S.B.S (Posthumus), ketua masyarakat Iban yang dibunuh pengganas komunis pada 25 Februari 1972, mendiang Penghulu Imban Medan.

Sementara itu, seramai 802 individu terdiri daripada Perkhidmatan Awam Persekutuan/Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Awam Berkanun Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, Swasta, Persatuan, Sukarela, Sukan, Parti Politik, Penjawat Awam Negeri, Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum menerima pingat masing-masing dalam 10 kategori anugerah berbeza.

Senarai pingat serta jumlah penerima ialah Johan Bintang Sarawak (J.B.S) (4), Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C) (5), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) (22), Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) (28), Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) (67), Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) (122), Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) (126), Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) (95), Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) (184) dan Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) (149).

Majlis Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak akan disempurnakan oleh TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib di Hotel Meritz, Miri pada jam 11.25 pagi ini. – EDISI UKAS

add comment