ISNIN, 10 OKTOBER 2022
BINTULU: Kumpulan Cenderawasih telah dinobatkan sebagai johan bagi Pertandingan Bermukun yang diadakan bersempena dengan Pesta Tatau bagi tahun ini.
Kumpulan berkenaan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.
Wakil Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong Bujang @ Endawie telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Pentas Utama Pesta Tatau pada Isnin.
Naib Johan pula disandang kumpulan Perantau Seni yang mana mereka membawa pulang wang tunai RM200.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Yak Isa yang membawa pulang wang tunai RM100.
Pertandingan Bermukun ini menyaksikan sebanyak tujuh buah kumpulan peserta menyertai pertandingan bermukun yang diadakan sempena Pesta Tatau tahun 2022.
Pertandingan ini juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang mana ia disaksikan oleh kira-kira 1000 orang penonton.
Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian, Penghulu Enteri dan Ketua Kampung Dagang Tatau Satim Gapar.-EDISI UKAS