Tingkat Kesedaran, Tepis Stigma Terhadap Pesakit Mental

SELASA, 11 OKTOBER 2022

SIBU: Masyarakat khususnya di Sarawak perlu meningkatkan kesedaran dan menepis salah tanggapan atau stigma terhadap mereka yang mempunyai masalah mental.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Micheal Tiang Ming Tee berkata stigma terhadap pesakit mental bukan saja mewujudkan rasa rendah diri atau kurang keyakinan malah boleh menyebabkan pesakit segan dan lambat untuk meminta pertolongan.

Jelas Micheal Tiang, sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa kes bunuh diri di negara in menunjukkan peningkatan dengan 609 kes pada tahun 2019, 613 kes pada 2020 dan meningkat kepada 1142 pada 2021.

“Kenaikan kes-kes bunuh diri ini amatlah membimbangkan kerana kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan remaja dan belia yang kita jangkakan akan memimpin kita di masa hadapan, kehilangan nyawa remaja dan belia kita juga akan memberikan kesan terhadap ekonomi Negara kita.

“Masih ramai yang mempunyai kurang kesedaran dan mempunyai salah tanggapan terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Inilah yang dikatakan sebagai stigma.

“Ramai pesakit di luar sana juga tidak mempunyai pengetahuan tentang cara untuk mendapatkan rawatan dan pertolongan,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia & Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sibu 2022 di Pentas Utama, Pasaraya Swan Square, Jalan Ling Kai Cheng, Sibu pada Isnin.

Dalam hal ini, beliau menyambut baik penganjuran Hari Kesihatan Mental Sedunia & Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sibu 2022 kerana ia membantu mendedahkan kepada mereka yang menghadapi masalah mental kaedah untuk mendapatkan rawatan dan pertolongan.

Ujarnya, masyarakat dan rakyat Malaysia khususnya sangat digalakkan untuk melibatkan dalam aktiviti riadah dan sukan kerana ia mampu mencergaskan tubuh badan dan menguatkan kesihatan mental seseorang individu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) KE-15, Micheal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan menjelaskan pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi satu lagi ‘peperiksaan’.

“Kami sangat yakin, kali ini dengan pencapaian kami serta rekod prestasi kami di Sarawak, tadbir urus kami, dan bagaimana kami membawa Sarawak ke peringkat seterusnya dari segi infrastruktur, keharmonian sosial, dan ekonomi, kami bersedia untuk menghadapi satu lagi ‘peperiksaan’.

“Kami mahu mendapatkan sokongan penuh rakyat Sarawak, dan mandat penuh untuk calon GPS supaya kami boleh menjadi suara yang lebih kuat dan lantang di parlimen.

“Kita bukan sahaja mahu menuntut bahawa kita adalah salah satu wilayah Persekutuan Malaysia, juga supaya kita boleh menjadi suara yang lebih kuat, suara yang lebih lantang di Parlimen, juga wakil parlimen perlu lantang untuk memperjuangkan hak kepentingan Sarawak dalam Parlimen,” tegas Micheal Tiang lagi.

Katanya, calon untuk kawasan Parlimen Lanang dan Sibu juga telah dikenalpasti dan nama mereka akan diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg apabila tiba masanya kelak.

Antara yang hadir sama Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu Fatheen Khairuzan Seleman, Pakar Psikiatri Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sibu Dr John Chieng serta wakil dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu Dr Ngu Sing Yii. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia