Muhammad Aidil Johan Pertandingan Memancing Udang Sempena Pesta Tatau

RABU, 12 OKTOBER 2022

TATAU: Pertandingan Memancing Udang yang diadakan bersempena dengan Pesta Tatau telah mendapat penyertaan seramai 47 kaki pancing sekitar Daerah Tatau.

Pertandingan itu menyaksikan johan dirangkul Muhammad Aidil untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM300.

Naib Johan pula dimenangi Abdul Iskandar yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.

Manakala, tempat ketiga disandang Farizal Junaidi untuk membawa pulang RM100.

Penyampaian hadiah untuk pertandingan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan di Tebingan Pekan Tatau pada Selasa.

Hadir sama ialah Ketua Kaum Kampung Baru Tatau Ahmad Mohamad Mokthar.-EDISI UKAS

add comment