Belia Sarawak Disaran Sertai Bidang Perniagaan

SELASA, 18 OKTOBER 2022

BINTULU: Golongan belia Sarawak disaran agar menyertai bidang perniagaan untuk menjana pendapatan lumayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip memberitahu, usaha memulakan perniagaan sememangnya merupakan satu cabaran, tetapi mereka yang berminat perlu kental dalam meneruskan usaha itu meskipun berdepan kesukaran.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penangguhan dan Program JUMS START BIZNES! Siri 2 Bintulu di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Datuk Talib menambah, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) merupakan usaha bijak Kerajaan Sarawak yang menginginkan semua rakyat termasuk belia supaya saling bekerjasama antara satu sama lain.

“Golongan belia Sarawak harus meneruskan jalinan kerjasama erat sesama sendiri sekaligus berganding bahu dalam membangun serta menabur bakti di negeri ini,” ujarnya.

Untuk rekod, seramai 130 peserta yang terdiri daripada ahli SABERKAS dari Cawangan Tanjung Batu, Jepak, Kakus, Kemena, Murum, Belaga, Lambir dan Pusat Khidmat Samalaju telah hadir ke program tersebut.


Turut hadir ialah Residen Bahagian Bintulu, Datu Jack Aman Luat, Pegawai Daerah Bintulu, Mohamad Dino Amid serta Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Asmawaty Ahmad. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia