Anak Kakitangan RTM Miri Terima Insentif Pendidikan

JUMAAT, 21 OKTOBER 2022

MIRI: Seramai enam orang pelajar yang merupakan anak kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri menerima insentif pendidikan di atas kecemerlangan dalam bidang akademik.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah menyempurnakan penyampaian insentif tersebut kepada wakil pelajar iaitu ibu bapa mereka yang juga kakitangan RTM Miri pada Rabu.

Semasa berucap, Datuk Sebastian Ting merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dan ibu bapa di atas kejayaan anak-anak mereka itu.

Ujarnya lagi, beliau akan turut membantu menambah sumbangan insentif untuk menjalankan program sebegitu pada masa akan datang.

Selain itu katanya, pemberian insentif pendidikan itu adalah penting bagi memberi galakan kepada pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam akademik.

Katanya, tumpuan kepada anak-anak ini adalah penting kerana mereka adalah aset penting untuk masa depan negara.

Sementara itu, Pengurus Stesen RTM Miri Lydia Paya Rinyud yang turut berucap memberitahu, program ini adalah salah satu usaha sebagai galakan dan sokongan kepada kecemerlangan pelajar.

Katanya, meskipun sebagai penjawat yang sentiasa sibuk, namun kebajikan serta perhatian terhadap anak-anak tidak diketepikan.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia