JUMAAT, 21 OKTOBER 2022
KAPIT: Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Ir. Aidel Lariwoo melakukan lawatan kerja di sini pada Khamis.
Beliau melawat Empangan Baleh untuk meninjau tapak Projek Jalan Akses ke Empangan Baleh.
Dalam lawatan itu juga, Ir Aidel turut mendengar taklimat mengenai projek tersebut yang disampaikan kontraktor.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai. -EDISI UKAS