Kerajaan Sarawak Sumbang Dana Khas Lebih RM1.5 Juta Kepada 2 Buah Sekolah Swasta Di Miri

JUMAAT, 21 OKTOBER 2022

MIRI: Dua buah sekolah swasta di Miri menerima dana khas berjumlah keseluruhan RM 1.5 juta dalam satu majlis di Sekolah Menengah Pei Min, Miri pada Khamis.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian hadir menyempurnakan penyerahan cek dana itu kepada Sekolah Menengah Pei Min berjumlah RM708,096 dan Sekolah Menengah Riam Road berjumlah RM824,166.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, dana khas tersebut adalah daripada Kerajaan Sarawak kepada kedua-dua sekolah swasta tersebut untuk tahun ini. Dato Sri Prof.

Dr. Sim juga menjelaskan, ia adalah tanda sokongan Kerajaan Sarawak untuk sekolah-sekolah swasta di negeri ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Kr. Jeffrey Phang Siaw Foong yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Naib Pengerusi Lembaga Pengurusan Persatuan Sekolah Menengah Cina Swasta Bersatu Sarawak merangkap Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Riam Road Datuk Seri Law Kiu Kiong, Lembaga Pengarah SM Pei Min Khoor Ooi Long, Pemangku Guru Besar SM Pei Min Yeo Yew Hoe, dan Guru Besar Sekolah Menengah Riam Road James Ting Ang Chui.-EDISI UKAS

add comment