Program Jalinan Integrasi Mahasiswa Tahun 2022 Platform Kukuh Perpaduan

JUMAAT, 21 OKTOBER 2022

BINTULU: Kampung Kuala Nyalau menjadi lokasi bagi Program Jalinan Integrasi Mahasiswa Tahun 2022 di Kampung Kuala Nyalau yang diadakan selama empat hari tiga malam.

Seramai 80 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu yang berasal dari Semenanjung, Sabah dan Labuan menyertai program tersebut.

Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim berkata, program itu dapat merapatkan hubungan antara kaum melalui pemupukan perpaduan dan persefahaman dengan memahami dan menghargai perbezaan budaya dan cara hidup masyarakat pelbagai kaum.

“Selain daripada mengeratkan silaturrahim di antara para peserta dengan masyarakat setempat terutamanya dengan keluarga angkat masing-masing, program ini juga dapat      mempromosikan      institusi pengajian tinggi khususnya UPM Kampus Bintulu kepada komuniti.

“Ini adalah supaya dapat memberi semangat dan motivasi kepada komuniti bagi memberi galakan kepada anak-anak kampung untuk menimba ilmu dan kemahiran tidak kira di mana jua.

“Apa yang penting adalah kemahuan yang disulami dengan azam tinggi untuk mencapai kejayaan bersesuaian dengan tuntutan dan peredaran masa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan penyerahan peserta kepada keluarga angkat dalam program tersebut di Teratak Kampung Kuala Nyalau di sini pada Khamis.

Hussaini berharap, melalui program integrasi itu, ia akan membolehkan setiap peserta yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang untuk memastikan keterangkuman dan kepentingan masyarakat sentiasa diberi keutamaan dalam membuat keputusan.

Jelasnya, ia adalah penting bagi memastikan Malaysia sentiasa mendukung asas perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat sebagai pemangkin ke arah negara yang sejahtera dan berjaya.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak Diwarna Azool, wakil Pengarah UPM, Kampus Bintulu Muhd Rahim, wakil Ketua Polis Daerah Bintulu ASP Johny James Bujang dan Ketua Kampung Kuala Nyalau Amit Salleh.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia