Pelajar Cemerlang STPM & SPM 2021 SMK Baru Terima Insentif

SABTU, 22 OKTOBER 2022

MIRI: Seramai 11 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 dan 13 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menerima insentif pada Isnin.

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin telah hadir menyempurnakan penyerahan sumbangan insenstif berkenaan di Dewan SMK Baru Miri.

Semasa berucap, Dato Sri Lee berkata, insentif tersebut adalah sebagai galakan kepada pelajar cemerlang berkenaan supaya mereka kekal cemerlang di peringkat yang seterusnya.

“Selain itu, ia juga adalah sebagai cabaran dan dapat memberikan motivasi tinggi kepada pelajar-pelajar lain yang akan menduduki SPM untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Ujar beliau lagi, Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan mutu tenaga kerja yang berkualiti dan berkemahiran untuk mencapai produktiviti yang tinggi dan bermutu.

“Kita berharap dapat melahirkan lebih ramai tenaga professional serta berkualiti di negeri ini yang akan membantu meningkatkan ekonomi Sarawak,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Jeffery Phang Siaw Foong, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Baru Hanim Sherbini, Penolong Kanan Pentadbiran Henry Jini dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Hii Yew Ding.-EDISI UKAS

add comment