35 Kontijen Dari Pelbagai Agensi Sertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Subis

AHAD, 23 OKTOBER 2022

BEKENU: Sebabyak 35 kontijen telah menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Subis telah diadakan di Masjid Al-Muttaqin, Bekenu di Masjid Al- Muttaqin, Bekenu pada Sabtu. 

Majlis tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus. 

Sambutan kali telah mendapat penyertaan yang amat menggalakan dan para peserta berharap program seumpama ini akan diteruskan untuk pada masa yang akan datang. 

Dalam majlis tersebut, Majlis Daerah Subis telah muncul johan dalam Majlis Perarakan & Bersepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Subis Tahun 1444H/2022M bagi kategori A. 

Manakala, johan kategori B pula dimenangi Sekolah Kebangsaan Kita, kategori C dimenangi Masjid Darul Ibadah, Kampung Lajong, Kuala Niah manakala kategori D pula dimenangi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Belipat, Niah. 

Sementara itu, Mohamad Aidil  Zainal dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu telah menerima anugerah sebagai Tokoh Pelajar, Tokoh Belia Harapan pula dianugerahkan kepada Pengasas dan Pemilik Tusan Ice Cream, berasal dari Kampung Angus, Bekenu Roydy Ismail manakala bagi Tokoh Maulidur  Rasul dianugrahkan kepada Pemanca Dr. Ali Mudin. 

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Sarkawi Suhaili, wakil Residen Bahagian Miri Arshard Samshu, Pegawai Daerah Subis, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam (JATAIS) Daerah Subis Norlila Ulis, Penasihat Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam (JATAIS) Daerah Subis, bekas Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu, Bekenu Dato Usop Sani Wahab.-EDISI UKAS 

add comment