AHAD, 23 OKTOBER 2022
KUCHING: Seramai 600 peserta termasuk ibu bapa dan pelajar sekolah menyertai program Puzzle Run 2022, yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 7, Matang pada Ahad.
Program tersebut telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman yang mewakili, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengekalkan tubuh badan dan minda yang cergas dalam kalangan warga tempatan di samping menyemarakkan lagi perpaduan antara kaum.
Dalam pada itu, aktiviti itu turut menyumbang kepada pembiayai pertambahan kemudahan sekolah serta pengurangan yuran sekolah.
Seramai 600 peserta termasuk ibu bapa dan pelajar sekolah yang turut mengambil bahagian dalam acara berkenaan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 3 kilometer (km) dan 5 kilometer (km).
Sambutannya begitu meriah sekali dengan para peserta memakai baju berwarna merah jambu bertemakan Puzzle Run 2022.
Dalam pada itu, Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof yang turut sama hadir dan ditanya mengenai persiapan Kementerian Kerja Raya (KKR) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang memberitahu Kerajaan Sarawak sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku sebarang bentuk bencana untuk rakyat di Sarawak.-EDISI UKAS