Harga Barang Tidak Melambung Tinggi, Masih Terkawal.

AHAD, 23 OKTOBER 2022

KAPIT:  Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sarawak sentiasa memantau isu kenaikan harga barang untuk memastikan rakyat dapat membeli barang dengan bebas.

Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Malaysia, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, isu kenaikan harga barang ini disebabkan ekonomi dunia yang mempengaruhi harga barang di negara ini.

“Namun begitu Harga barang kita masih jauh lebih Murah berbanding dengan harga barang di negara lain.” Katanya.

Beliau yang juga Menteri KPDNHEP Malaysia yang baru sahaja dilantik selepas PRU-14 menyeru supaya rakyat tidak terpedaya dengan hasutan di media Sosial yang senjaga memburukan kerajaan kerana orang luar masih tidak memahami Sarawak masih dalam fasa pembangunan.

“Kita sudah melihat kesan daripada kekalahan Kerajaan pada Tahun 2018 dahulu yang banyak membawa keburukan kepada negara kita. Kerajaan kita sentiasa mengambil berat masalah rakyat.”

Dalam pada itu beliau sekali lagi menekankan bahawa Kerajaan Malaysia memberikan subsidi bagi membolehkan harga barang murah dan tidak melambung tinggi.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi URDA berkata, URDA dalam masa akan datang akan mempunyai Program Memperkasakan ekonomi rakyat bagi meningkatkan sosio ekonomi rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Kepenggunaan dan Pembangunan Luar Bandar Komuniti Song, Sarawak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kapit pada Sabtu.

Beliau turut merakamkan terima kasih atas jemputan serta memohon maaf kepada penduduk kawasannya kerana jarang ke kawasan tersebut selepas beliau dilantik sebagai Menteri KPDNHEP Malaysia.

Dalam majlis itu juga beliau turut meminta rakyat di kawasan itu untuk terus bersatu hati menyokong GPS pada PRU-15 akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan, beserta Isteri, Setiausaha Politik kepada Menteri KPDHNEP, Ambrose Abong Bugek, Timbalan Residen Kapit, Galong Luang, Pemangku Pegawai Daerah Song, Harry Bruce Edwin, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Tapah Ata, Morris Garry dan tetamu yang lain. EDISI UKAS

add comment