Program Jalinan Integrasi 2022 Erat Semangat Muhibbah

AHAD, 23 OKTOBER 2022

BINTULU: Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Program Jalinan Integrasi 2022 selama dua hari bermula 20 hingga 23 Oktober 2022. 

Penyertaan program tersebut melibatkan kawasan Rukun Tetangga  (KRT) Kampung Kuala Nyalau Bintulu dan Rumah Panjang Bare Langgi, SungaiNangka Sebauh Bintulu. 

Program tersebut bertujuan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta yang datang dari negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk berinteraksi ke arah mengeratkan semangat muhibbah dan kerjasama untuk mengukuhkan integrasi nasional. 

Program tersebut diadakan selama 4 hari 3 malam yang disertai 80 orang pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Kampus Bintulu.-EDISI UKAS 

add comment