Sape Cermin Identiti Kepelbagaian Kaum & Keunikan Budaya Bumi Kenyalang

ISNIN, 24 OKTOBER 2022

MIRI: Sape merupakan alat muzik tradisional yang terkenal di Sarawak sekaligus mencerminkan identiti kepelbagaian kaum dan keunikan budaya di Bumi Kenyalang.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, keunikan peralatan itu perlu diwarisi oleh generasi masa kini.

“Kita juga harus mempromosikan budaya etnik yang unit dan hasil di bumi Sarawak ini khususnya kepada generasi muda agar budaya muzik berasal dari Sarawak ini tidak akan pupus pada masa depan,” katanya semasa berucap dalam merasmikan Konsert Sape Movement di Hotel Meritz di sini pada Ahad. 

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa terujanya apabila terdapat platform seperti Sape Movement Miri ini dalam melahirkan lebih ramai lagi peminat pemain sape khususnya golongan muda. 

Hadir sama Pengerusi Persatuan Pelukis dan Seni Visual Miri (PPSVM) Noel Belulok dan Pengasas Pusat Aktiviti Sape’ Movement Miri Hallan Hashim dan Gary Sudom.-EDISI UKAS

add comment