Datuk Amar Awang Tengah Lawat Dua Tapak Projek Pembangunan Alami Kelewatan

ISNIN, 24 OKTOBER 2022

LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan lawatan ke dua buah projek pembangunan di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di daerah Limbang pada Ahad. 

Lawatan pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang bagi meninjau sendiri Projek Pembinaan Bangunan Baru Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang yang dijadual akan siap pada penghujung Mac 2023. 

Projek ini dibina dengan kos RM9.4 juta. 

Seterusnya, beliau melawat ke tapak Projek Pembinaan Anjung Usahawan di Kampung Pahlawan dengan kos pembinaan RM3 juta yang mengalami kelewatan kritikal.

Kedua-dua projek itu mengalami kelewatan jadual.

Justeru itu, Datuk Amar Awang Tengah meminta kedua-dua kontraktor agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan mereka sebelum tindakan lanjut diambil.-EDISI UKAS 

add comment