15 JKKK, PIBG Terima MRP Berjumlah RM128,000

SELASA, 25 OKTOBER 2022

TATAU: Sebanyak 15 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebuah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menerima geran peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM128,000.

Ahli Dewan Negara Senator Rita Sarimah Patrick Insol berkata, peruntukan MRP itu adalah bagi membantu dan melancarkan aktiviti terutamanya JKKK di rumah panjang.

Beliau berkata, pemberian peruntukan berkenaan diberikan secara bergilir-gilir kepada pemohon berikutan peruntulan yang terhad.

“Kita menerima banyak permohonan projek MRP, tetapi ianya diberikan secara bergilir-gilir memandangkan peruntukan adalah terhad.

“Bagi yang telah memohon, tetap masih belum dapat peruntukan saya berharap agar semua bersabar,” katanya dalam Majlis Penyerahan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pejabat Daerah Tatau pada Isnin.

Selain itu, Senator Rita Sarimah turut memaklumkan bahawa selain peruntukan dari Kerajaan Negeri, sejumlah RM110,000 telah disalurkan kepada tujuh buah JKKK ke akaun masing masing.

Beliau memberitahu, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin, pengagihan MRP akan diadakan pada masa yang terdekat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemanca Gerosen, Penghulu Nyanau, Penghulu Enteri dan Penghulu Micheal Agul.-EDISI UKAS

add comment