SELASA, 25 OKTOBER 2022
SARIKEI: Kerajaan Sarawak melalui permohonan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei telah meluluskan dana bernilai RM100,000 untuk pemasangan lampu LED berwarna-warni di Jambatan Merah Bintangor pada Sabtu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKR Bahagian Sarikei dengan kerjasama Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) kerana telah bertungkus lumus untuk memasang lampu LED berkenaan bersamaan dengan Perasmian Pesta Bintangor Tahun 2022.
Beliau juga menyeru kepada semua warga Daerah Meradong sama-sama menikmati kecantikan jambatan berkenaan dan paling penting haruslah menjaga lampu tersebut kerana ia boleh dikatakan akan menarik lebih ramai pengunjung ke Bandar Bintangor Sempena Sambutan Pesta Bintangor Tahun 2022.
Hadir sama, Pegawai Daerah Meradong Badjuri Bidin, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Teng Ung Woo, wakil Pegawai Residen Bahagian Sarikei Mohamad Firdaus Habari, Setiausaha MDMJ Wan Mohammad Wan Badhi, Jurutera Awam JKR Bahagian Sarikei Bahari Bahar, Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Meradong. – EDISI UKAS