SELASA, 25 OKTOBER 2022
KUCHING: Program Jelajah Saringan Kesihatan Percuma bertemakan Rakyat Sihat, Sarawak Sejahtera mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Kampung Salak.
Program Sihat Sarawakku merupakan Program Komuniti “Outreach” yang dibentuk untuk menyediakan saringan kesihatan percuma untuk penduduk di seluruh Sarawak.
Ia juga dijalankan untuk menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan rakyat Malaysia secara amnya mengambil berat terhadap keadaan kesihatan masing-masing.
Antara saringan kesihatan percuma yang disediakan adalah pemeriksaan fizikal, pengambilan darah dan lain-lain.
Program Jelajah Saringan Kesihatan bagi DUN N.4 Pantai Damai diadakan di ketiga-tiga Zon l dimulakan di Zon Telaga Air, dan diikuti di Zon Santubong dan Zon Seberang Hilir.-EDISI UKAS