39 Persatuan dan NGO Di Daerah Limbang Terima Cek Outright Grant

RABU, 26 OKTOBER 2022

LIMBANG: Sebanyak 39 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menerima cek Outright Grant (OG) yang berjumlah keseluruhan RM452,000.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah telah menyampaikan cek tersebut di Dewan Kampung Bunga Raya pada Selasa.

Menurut beliau, peruntukan yang diberikan ini adalah antara permohonan NGO yang sempat diluluskannya sebelum Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Sumbangan geran ini bertujuan membolehkan NGO melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang demi manfaat ahli dan masyarakat. 

Turut hadir ialah Residen Bahagian Limbang, Sebi Abang dan Pegawai Daerah Limbang, Superi Awang Said. -EDISI UKAS

add comment