JBALB Daerah Lundu Serah Dua Projek RTP Kepada Kontraktor

RABU, 26 OKTOBER 2022

LUNDU: Dua projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Daerah Lundu telah diserahkan kepada kontraktor pelaksana di Kampung Serayan Hilir dan Kampung Paon pada Selasa.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan Jurutera Daerah JBALB Lundu, Awang Mohd Hafizie dengan disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang.

Dua projek RTP itu adalah projek Menaik Taraf Sistem Paip Graviti di Kampung Serayan Hilir berjumlah RM250,000 dan diserah kepada kontraktor Destisar Sdn Bhd.

Manakala, projek Menaik Taraf Sistem Paip Graviti Kampung Paon bernilai RM200,000 pula diserah kepada kontraktor Syarikat Erajaya. -Edisi UKAS

add comment