RABU, 26 OKTOBER 2022
KUCHING: Pengusaha pengangkutan disaran mengurangkan kos kadar tambang bagi membolehkan para pengundi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuklah kadar tambang untuk kapal terbang, bas dan bot ekspres.
“Kita berharap mereka yang terlibat akan dapat mempertimbangkan untuk bagaimana mengurangkan tambang kapal terbang, bas, dan bot ekspres.
“Ini merupakan satu yang penting supaya merkea boleh kembali ke kawasan masing-masing untuk hari pengundian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan ‘Forum Peluang Perniagaan di Kazakhstan’ yang diadakan di Hotel Grand Margherita di sini pada Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian pada 19 November, pengundian awal pada 15 November serta penamaan calon pada 5 November depan.-EDISI UKAS